24 February 2017

Fossil Bag Koleksi Terkini




Sebut sahaja tentang beg kulit asli, pasti anda terfikirkan jenama Fossil. Kalau anda belum pernah dengar tentang jenama Fossil, ia merupakan jenama ternama koleksi leather bags[1]  yang popular dan digemari ramai. Fossail amat diminati ramai kerana buatannya yang berkualiti dan reka bentuk beg yang bergaya tidak mengira peredaran masa fesyen. Dianggap sebagai satu “pelaburan”, beg Fossil yang tahan lasak menjadi pilihan ramai kerana beli sekali, boleh pakai berkali-kali. Jom kita tengok beg apa yang Fossil ada untuk pilihan anda.


Sekiranya anda seorang yang tidak memerlukan terlalu banyak ruang penyimpanan dan seorang yang sangat ringkas, crossbody bag Fossil seperti ini sangat sesuai. Sederhana dan kompak, anda boleh pakai dan jalan terus. Letakkan wallet, lipstik, dan apa lagi barang asas kecilan yang anda perlukan. Beg ini juga sesuai dijadikan hadiah buat anak perempuan anda yang baru sahaja berjinak menggunakan beg tangan.


Jadi anda memerlukan ruang penyimpanan yang lebih besar? Jangan risau, beg Fossil jenis satchel ada sebagai pilihan utama anda. Rupa dan reka bentuk satchel Fossil amta klasik dan sentiasa bergaya. Anda juga boleh memuatkan lebih banyak barang dan ia juga mempunyai sling atau tali tambahan yang boleh ditanggalkan jika anda tidak memerlukannya. Elok dibawa untuk ke tempat kerja mahupun apabila keluar dengan keluarga, satchel Fossil merupakan pilihan versatil untuk semua wanita.


Beg seterusnya pula ialah tote bag atau shopper bag yang digunakan wanita untuk pergi membeli belah. Berbeza dengan satchel, beg tote seperti ini lebih kasual dan tidak mempunyai tali sling tambahan. Jadi, jika anda mencari hadiah sesuai untuk ibu anda, Fossil tote seperti ini amat berbaloi dan sesuai. Ruang penyimpannya yang besar memudahkan anda untuk membawa apa sahaja yang anda perlukan atau muatkan apa yang anda beli apabile pergi membeli-belah.

Suka tak koleksi beg tangan Fossil? Mengikut cita rasa saya, saya meminati satchel kerana tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar serta sesuai digunakan bila-bila. Anda pula bagaimana?

1 comment:

  1. Kak PC suka yang kedua tu...hihihi...sebab mudah nak bawa barang..

    ReplyDelete

Rules :

1. NO MAKIAN
2. NO LUCAH
3. NO IKLAN TAK SENONOH
4. NO MENCARUT
5. NO HINAAN


Nak nasihat sila berlembut okay?

PAUSE HERE

Get this tabber widget